On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PASANGAN DIRAJA SELANGOR MENAIKI PERKHIDMATAN LRT, MRT & MONOREL
Saturday 16 December 2017
Kuala Lumpur
Tanggal 16 Disember 2017, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan mencuba perkhidmatan rel yang dioperasikan oleh Prasarana Malaysia Berhad. Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta dif - dif kehormat yang lain.
1

Ketibaan DYMM Tuanku disambut oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana. Dato’ Seri Azmi Abdul Aziz.

Pasangan Diraja Selangor ini menaiki LRT dari Stesen Glenmarie menuju Stesen KL Sentral, kemudian meneruskan perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan MRT dari Stesen Muzium Negara ke Stesen MRT Stadium Kajang.

Rombongan DYMM Tuanku singgah di restoran Satay Kajang Hj Samuri bagi santapan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan dengan MRT ke Sg Buloh dan berpatah balik ke Stesen Merdeka. Pasangan Diraja bergambar kenangan di mural negaraku.

Selanjutnya perjalanan diteruskan dengan menaiki tren dari Stesen LRT Plaza Rakyat ke Stesen Hang Tuah dan seterusnya bertukar menaiki monorel ke Stesen Monorel Bukit Nanas.

Dalam program yang selesai dengan jayanya, DYMM Sultan Selangor telah bertitah :

3
“Beta berharap rakyat jelata akan terus menggunakan pengangkutan awam MRT dan LRT ini dengan berhemah dan sentiasa menjaga kebersihan serta jangan membuang sampah merata-rata di kawasan stesen dan juga di dalam tren.

Beta dapat lihat perkhidmatan MRT dan LRT yang dibina oleh kerajaan ini sebagai satu usaha yang sangat baik dan membanggakan.

Beta sendiri merasai keselesaan ketika menaikinya dan kagum dengan teknologi dan sistem yang digunapakai. Justeru, rakyat haruslah menghargai dan tidak melakukan vandalisme atau kerosakan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan. Semoga perkhidmatan pengangkutan awan yang efisyen sebegini akan terus memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.”
1
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup