MEDIA RELEASES
Pas Perjalanan Tanpa Had My100, My50 Dilancarkan Hari Ini
Saturday, 1 December 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai satu inisiatif besar daripada Kerajaan untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat dan merangsangkan lagi penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam di kalangan warga kota di Lembah Klang.
1

Di bawah inisiatif itu, pas perjalanan My50 melayakkan pelanggan menggunakan semua rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL termasuk bas perantara MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang tanpa had selama 30 hari dengan bayaran hanya RM50.

Pakej My100 pula melayakkan pelanggan untuk menggunakan semua rangkaian perkhidmatan Rapid KL, yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), daripada perkhidmatan monorel, LRT, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan perkhidmatan bas perantarannya, BRT Laluan Sunway dan semua perkhidmatan bas Rapid KL, yang meliputi lebih 182 laluan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Diadakan di Ruang Legar Balai Ketibaan KLIA Ekspres di KL Sentral di sini, majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, Timbalan Menteri Pengangkutan YB Dato’ Haji Kamaruddin Jaffar, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

Ditawarkan eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, kedua-dua pakej berkenaan hanya boleh diaktifkan dengan menggunakan kad pengenalan diri MyKad dan MyTentera, yang digunakan oleh seluruh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Kad-kad ini, bagaimanapun, perlu mempunyai fungsi Touch ‘n Go untuk menggunakan keistimewaan ini.

Bakal bermula pada 1 Januari 2019, pakej pas perjalanan MY100 dan MY50 mula dijual hari ini di semua stesen-stesen monorel, LRT, MRT dan BRT serta lima hab bas Rapid KL di Pasar Seni; Seksyen 2, Shah Alam; Sri Nilam; Greenwood; dan Terminal Kajang.

Para pengguna Rapid KL yang bukan warga negara Malaysia boleh terus menggunakan perkhidmatan tren dan bas ganti-ganti serta bas perantara MRT SBK dengan menggunakan sistem kad Touch ‘ Go untuk perjalanan tanpa tunai; ataupun token untuk perkhidmatan rel ataupun bayaran tunai terus kepada Kapten-kapten Bas semasa menaiki bas.

Pada majlis itu, 10 atlit negara atlit negara turut diperkenalkan sebagai Duta untuk inisiatif berkenaan. Mereka ialah lagenda squasy Datuk Nicol David, atlit para sukan olahraga Mohd Ridzuan Phuzi, Cheong Jun Hoong (acara terjun); Leong Mun Yee (acara terjun); Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik artistik); Syakilla Salni, Jefry Krisnan (karate); Welson Sim (renang), Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Goh Liu Ying (badminton) dan peluncur ais Julian Yee.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup