On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Pakej My30 Bermula 1 Januari untuk Rapid Penang, Rapid Kuantan
Monday, 14 December 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 14 Disember – Pas perjalanan tanpa had My30, yang digunakan dengan meluas oleh para pengguna perkhidmatan Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor, akan mula diperkenalkan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan mulai 1 Januari 2021.
1

Mengumumkan inisiatif ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata Rapid Penang akan menggunakan Pas Mutiara My30 untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai; manakala Rapid Kuantan akan menggunakan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas yang meliputi bandar Kuantan, Pekan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

“Dengan pengenalan kedua-dua pas perjalanan tanpa had ini, Prasarana berharap akan membantu mengurangkan perbelanjaaan rakyat untuk urusan pengangkutan harian dan lebih ramai akan menggunakan kedua-dua perkhidmatan bas ini,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.

Dengan Pas Mutiara My30, yang dibuka eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang berulang kali pada satu hari dengan hanya berbelanja RM30 sebulan. Pas berkenaan, bagaimanapun, tidak meliputi perjalanan menggunakan Feri Pulau Pinang, yang tidak akan dikendalikan lagi oleh Prasarana mulai 1 Januari ini.

“Menggunakan konsep yang sama, para pengguna perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang warga negara Malaysia boleh menaiki bas Rapid Kuantan seberapa banyak kalipun sehari dengan berbelanja RM30 sebulan untuk Pas Lestari My30,” kata kenyataan berkenaan, yang menambah bahawa Pas Mutiara My30 dan Pas Lestari My30 memerlukan mempunyai nilai baki kad RM5 untuk urusan pendaftaran.

“Justeru itu, bagi pembelian kali pertama, bayaran RM5 dikenakan untuk pendaftaran di samping tambahan RM5 untuk harga kad berkenaan. Oleh itu, pembelian kali pertama adalah sebanyak RM40. Apabila pembelian semula untuk langgan seterusnya, para pengguna hanya membayar RM30 sahaja,” kata kenyataan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua pas ini, pengguna boleh melawat kiosk perkhidmatan Rapid Penang di hab bas Weld Quay; dan di hab bas Rapid Kuantan di bandar Kuantan mulai 20 Disember 2020.

Maklumat-maklumat selanjutnya akan dikongsikan dari masa ke semasa melalui saluran media sosial Rapid Penang dan Rapid Kuantan.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup