On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
PAK LAH AJAK RAKYAT MALAYSIA TURUN PADANG SOKONG ATLIT NEGARA
Thursday, 3 August 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad  Badawi berharap seluruh rakyat Malaysia akan bangkit bersama-sama untuk memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat juang atlit-atlit negara pada temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017) yang bakal bermula pertengahan bulan ini.

Tun Abdullah, yang mengunjungi Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil di sini hari, turut  merakamkan rasa kekaguman atas transformasi yang telah dilakukan terhadap kompleks sukan berkenaan khususnya Stesen LRT Bukit Jalil, yang kini berwajah baru. 

Memperagakan imej sukan dengan ungkapan kata-kata semangat sebagai hiasan  dalaman, Tun Abdullah, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, memuji langkah Rapid KL menghiasi stesen berkenaan khususnya dalam memberikan imej sukan kepada fasiliti pengangkutan awam itu. 

Diringi oleh isterinya, Tun Jeanne Abdullah dan disertai oleh beberapa anggota keluarga  lain, rombongan Perdana Menteri Malaysia kelima itu pergi ke kompleks sukan berkenaan dengan menggunakan perkhidmatan Rapid KL LRT Laluan Sri Petaling, yang dijangka menjadi mod pengangkutan awam utama untuk ke temasya sukan berkenaan. 

Naik dari Stesen LRT Hang Tuah, Tun Abdullah menyatakan rasa gembira terhadap  perkhidmatan berkenaan dan menyarankan para peminat yang ingin ke Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk datang ke acara-acara yang dipertandingkan di sana. 

Selain menjadi gelanggang utama untuk trek dan balapan di Kompleks Sukan Nasional  Bukit Jalil yang turut acara pembukaan dan penutup temasya sukan berkenaan, acara-acara lain yang akan diadakan di sekitar Bukit Jalil adalah akuatik, badminton dan hoki padang.

Tun Abdullah bersama Isteri menaiki LRT di stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Jalil

Tun Abdullah dan Isteri menaiki LRT dari Stesen Hang Tuah ke Stesen LRT Bukit Jalil bagi meninjau persiapan fasiliti Stadium Bukit Jalil

Tun Jeanne Abdullah bersama Kapten Tren LRT Siti Nur Asnene bt Tajuddin

Tun Abdullah diberi taklimat oleh pegawai operasi Rel Laluan Ampang Rahimi Ahmad ketika menaiki LRT dari Hang Tuah ke Bukit Jalil

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup