“Rapid KL ingin menegaskan bahawa aktiviti berkenaan tidak berlaku di stesen monorel Bukit Bintang; tetapi telah dijalankan di luar stesen kami. Pihak kami tiada kaitan dengan aktiviti kumpulan berkenaan,” menurut satu kenyataan Rapid KL hari ini.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pihaknya menyedari keresahan masyarakat terhadap program berkenaan dan telah membuat pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam yang diterima melalui media sosial semalam.