On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
MMMSL Akhiri Operasi Percubaan Selepas Lebih 670 Jam
Selasa, 6 September 2016
MEKAH
Tepat jam 6 petang, tanggal 5 September 2016 bersamaan dengan 3 Zulhijjah 1437H dan selepas lebih sebulan menjalankan latihan simulasi 24 jam sehari, perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Metro Southern Line menamatkan operasi percubaan sebelum melengkapkan diri untuk operasi sebenar pada Jumaat ini.

Diadakan setiap hari kecuali pada hari Jumaat sejak 3 Ogos lepas, pergerakan tren dijalankan terus menerus siang dan malam mengikut simulasi berdasarkan lima format pergerakan khusus yang bakal bermula pada awal pagi 9 Disember ini.Joined by two impromptu commuters and cheered on by the adoring commuters, the minister and his rivals comfortably passed the first two rounds.   

Operasi percubaan diakhiri dengan format pergerakan yang kelima atau Pergerakan E, yang merupakan perjalanan untuk Hari-hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, dengan melibatkan 12 tren dan hanya berhenti di lima daripada sembilan stesen-stesen MMMSL – Arafat 3, Muzdalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3, atau Jamarat, yang berdekatan dengan tempat ibadat melontar.

Dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Kawalan Operasi atau Operation Control Centre (OCC) di Depoh MMMSL di Arafah, simulasi operasi tanpa henti itu berjalan untuk lebih 670 jam melibatkan kesemua 15 set tren 12-gerabak, yang akan digunakan untuk operasi berkenaan.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami telah melaksanakan simulasi untuk kelima-lima format perjalanan yang bakal digunakan untuk operasi sebenar nanti. Kami bekerja siang dan malam; dan kami sudah bersedia untuk operasi haji, yang akan bermula pada 7 Zulhijjah ini,” kata Ketua OCC MMMSL, Mohd Affandi Raduan, yang mengumumkan berakhirnya operasi percubaan berkenaan melalui pembesar suara tepat pada pukul 6 petang semalam (5 September).

Bertanggungjawab untuk kelicinan operasi di pusat yang menjadi nadi kepada operasi menyeluruh MMMSL, Affandi dibantu oleh 27 staf lain termasuk 21 staf Prasarana Malaysia Berhad, yang menjadi operator perkhidmatan tren haji ini sejak tahun lepas.

“Saya bertuah kerana memiliki staf-staf yang cukup berpengalaman khususnya rakan-rakan kerja saya dari Prasarana, yang cukup fasih dengan operasi tren di Kuala Lumpur. Insya Allah, segalanya akan berjalan lancar tahun ini,” kata Affandi.

Bekerja dengan syif 4 jam setiap syif, staf di dalam OCC akan bekerja di kawasan kerja masing-masing mengikut fungsi masing sama ada untuk kawalan trafik, kawalan kuasa, kawalan stesen, informasi ataupun berhubungan dengan pasukan penyelenggaraan.

“Di tengah-tengah OCC ini adalah ruang kerja untuk kawalan informasi di mana pengumuman dibuat secara berkala dan mengikut keperluan dalam tiga bahasa – Inggeris, Arab dan Urdu. Ini selaras dengan kefahaman para pengguna perkhidmatan ini, yang datang dari Negara-negara Teluk dan Asia Selatan seperti India, Bangladesh dan Pakistan,” kata Affandi.

Kesemua kawasan kerja disusun untuk berhadapan dengan panel ‘mimic’ gergasi, yang mana akan menunjukkan bekalan kuasa, pergerakan tren dan enam monitor sistem TV litar tertutup yang menunjukkan keadaan di stesen secara langsung.

Dengan jajaran sepanjang 18.1km, MMMSL beroperasi dengan sembilan stesen yang terletak di kawasan-kawasan ibadat rukun haji – tiga di Arafah, tiga di Muzdalifah dan tiga di Mina.

Pergerakan tren adalah berdasarkan kepada pergerakan jemaah, yang mana akan berhimpun di Arafah untuk berwukuf pada 9 Zulhijjah sebelum bergerak ke Mudzalifah pada malam yang sama dan terusnya ke Mina pada keesokan hari.

Daripada malam 10 hingga ke 13 Zulhijjah, para jemaah akan berulang ke Mina sama ada berjalan terus daripada khemah-khemah mereka di sekitar Mina atau pun dengan menaiki bas ke Arafat 3 dan meneruskan perjalanan dengan tren.

Ketika hari-hari waktu puncak, jumlah penumpang akan mencapai 350,000 sehari sekali gus menjadikan perkhidmatan MMMSL sebagai operasi tren yang paling mencabar dalam industri rel antarabangsa.

Petugas Pusat Kawalan operasi memantau pergerakan tren dalam operasi percubaan
Tren terakhr memasuki depoh setelah selesai operasi percubaan selepas lebih 670 jam
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup