MEDIA RELEASES
Mesin Pintar 100Yen di 90 Stesen LRT Tahun Depan
Friday 17 Aug 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Menjelang Jun 2019, sebanyak 90 stesen LRT akan mempunyai mesin pintar layan diri tanpa tunai Iris 100Yen Express, yang bakal memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan kepada para pengguna sistem pengangkutan awam itu.
1

Kemudahan untuk para penumpang ini dibolehkan dengan kerjasama antara Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan Iris World International Group Berhad (Iris World Group), yang menjadi perintis dalam pasaran Perisikan Buatan dengan memperkenalkan kedai serbaneka dan hotel pintar tanpa pekerja di Malaysia.

Memorandum kerjasama antara PRIDE dan Iris World Group dimeterai semalam pada majlis yang diadakan di Nexus Bangsar South di sini dengan PRIDE diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Zulkifli Mohd Yusoff dan Encik Ng Choo Chong, yang merupakan Ketua Peruncitan dan Pengiklanan PRIDE. Iris World Group pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Chua dan Simon Yap, yang merupakan Ketua Pegawai Pembangunan Bisnesm Iris World Group.

Setakat ini mesin pintar berkenaan sudah ditempatkan di empat stesen LRT – KL Sentral, Pasar Seni, Hang Tuah dan Masjid Jamek. Melalui pemeteraian memorandum ini, Mesin Pintar Layan Diri Tanpa Tunai ini akan ditempatkan di 86 stesen-stesen lain yang bertrafik tinggi seperti keempat-empat stesen berkenaan.

Produk-produk yang ditawarkan di mesin-mesin berkenaan akan turut dipelbagaikan dengan para penumpang boleh membeli pelbagai barangan termasuk makanan segera, buah-buahan dan sayur-sayuran pada bila-bila masa sahaja dengan kemudahan pembayaran mudah alih.

Dengan sistem pembayaran tanpa tunai digunakan secara semakin kerap dan lazim oleh rakyat Malaysia, Iris World Group berasa optimis dengan perkembangan kaedah transaksi baru ini. Ia telahpun menjalinkan kerjasama dengan Axiata Digital Ecode Sdn Bhd untuk melancarkan ‘Boost App’ sebagai alat pembayaran utama.  

Selain itu, Iris World Group juga akan bekerjasama dengan Community Marketplace Technology Sdn Bhd untuk melancarkan tidak lama lagi ‘MyRapidTap’, yang merupakan satu lagi aplikasi untuk membeli belah atas talian.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup