On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Latihamal Kecemasan Rapid KL Sentiasa Dipermantapkan
Tuesday, 6 December 2016
KUALA LUMPUR
Red Foxtrot, Red Delta, dan Red Charlie – itulah antara beberapa siri Latihamal Pelan Kecemasan atau ‘Emergency Response Plan’ (ERP) yang telah dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd bagi memastikan perkhidmatan berkualiti, selesa dan selamat untuk para pengguna perkhidmatan rel Rapid KL.
“Semua tindakan akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard atau ‘SOP’ bagi memastikan urusan kerja-kerja menyelamat dan mengungsi (evacuate) para penumpang dilakukan dengan selamat dan secepat mungkin. Di dalam apa jua situasi kecemasan, perkara terpenting adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman.  

Bersedia untuk sebarang kecemasan dan apa jua keadaan, Rapid Rail, yang mengendalikan perkhidmatan LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, melaksanakan latihan simulasi kecemasan masing-masing dengan pelbagai senario setiap tahun dengan menggunakan kod-kod kecemasan antarabangsa dengan kerjasama agensi-agensi kecemasan dan para pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Red Foxtrot, umpamanya, bermakna kecemasan kebakaran manakala Red Delta pula bermaksud kecemasan kegelinciran atau ‘derailment’.  

Pada awal pagi 10 Disember ini, Laluan Monorel akan mengadakan latihan kecemasan ‘Red Hotel’, yang akan berlatar-belakang simulasi pergaduhan dalam tren dan penumpang dijadikan ‘tebusan’ dalam perkhidmatan yang terputus bekalan elektrik; sekali gus ‘terhenti’ di tengah-tengah trek antara Stesen Maharaja Lela dan Tun Sambathan.  

“Walaupun cuba ditenangkan oleh Kapten Tren, sekumpulan penumpang panik dan bertindak liar di dalam tren sekali gus menyebabkan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan kepada Kapten Tren dan beberapa penumpang lain dan suasana kelam kabut di dalam tren. Unit Pergerakan Pantas Rapid KL akan menjadi pihak yang pertama untuk bertindak untuk mengawal keadaan sebelum dibantu oleh pasukan bomba, polis dan hospital untuk mengendalikan krisis berkenaan.

PRASARANA STEPPING UP TO THE ‘161216’ MRT CHALLENGE

“Semua tindakan akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard atau ‘SOP’ bagi memastikan urusan kerja-kerja menyelamat dan mengungsi (evacuate) para penumpang dilakukan dengan selamat dan secepat mungkin. Di dalam apa jua situasi kecemasan, perkara terpenting adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman.  

Katanya, secara keseluruhan Rapid Rail, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), mengendalikan lebih daripada setengah juta penumpang sehari pada masa sekarang.  

Menurut Zohari, selain menguji kefahaman dan kompetensi staf dan kakitangan yang terlibat dalam mengendalikan kecemasan dan suasana kecemasan itu sendiri, ERP juga adalah untuk menguji keberkesanan perjalanan SOP. 

“Kita perlu pastikan sama ada SOP yang digunakan adalah terkini dan ‘up-to-date’. Kita perlu uji sama ada ianya sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi. Juga, melalui ERP ini, kami cuba mendapatkan input dan maklum balas yang sebanyak mungkin daripada agensi-agensi kecemasan yang terlibat. 

“ERP ini juga kami gunakan untuk mengeratkan dan mempermantapkan lagi hubungan Rapid Rail dengan agensi-agensi kecemasan ini. Di samping itu, latihan ini penting untuk kami menguji dan mempastikan semua peralatan berfungsi dengan baik dan sesuai untuk mengendalikan kecemasan,” tambah Zohari. 

Justeru itu, katanya, sesi latihamal itu adalah amat penting kerana dengan mengadakannya secara berkala, ianya akan menyiapkan diri staf dan kakitangan terlibat dan akan menjadi amalan sekali gus dapat dipraktikkan dengan sempurna apabila diperlukan.  

“Alhamdulillah, sepanjang sejarah operasi dan perkhidmatan rel Rapid KL, tidak pernah berlaku apa jua insiden yang besar, yang tidak dapat diurus dengan baik oleh staf dan kakitangan kami. Apapun, kita perlu bersedia,” kata Zohari.  

Menurut beliau, Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang, yang akan memulakan operasi untuk fasa pertama pada 16 Disember ini, turut telah mengadakan sesi latihamal kecemasan pada 26 Oktober sebagai persiapan sebelum memulakan perkhidmatan. 

“Latihamal Red Delta itu menggunakan simulasi tren tergelincir dan menyebabkan seorang ‘penumpang’ terbunuh dan beberapa lagi cedera. Dengan senario latar belakang besar, ia melibatkan aktiviti yang banyak termasuk pengungsian penumpang, rawatan kecemasan, dan ‘menyelamatkan’ tren yang tergelincir dan ditunda ke depot. 

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Seperti juga segala persiapan lain untuk memulakan operasi fasa pertama MRT Sungai Buloh – Kajang tidak lama lagi,” tambah Zohari.

PRASARANA STEPPING UP TO THE ‘161216’ MRT CHALLENGE
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup