On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Kumpulan Prasarana Perbaharui Komitmen Bantu Rangsang Ekonomi Negara
Sunday, 28 June 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kumpulan Prasarana – pemacu dalam transformasi perkhidmatan pengangkutan awam tanahair – hari ini memperbaharui komitmen mereka untuk berganding bahu dengan Kerajaan dalam usaha membantu merangsang pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat untuk bangkit selepas tamparan daripada implikasi wabak COVID-19.
1

Komitmen ini dizahirkan pada pertemuan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman dan anggota-anggota Barisan Kepimpinan Kanan Prasarana dengan Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang berlangsung lebih satu jam di ibupejabat korporat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara UOA, Bangsar di sini hari ini.

Selain menggunakan sepenuhnya pakej perjalanan tanpa had My30 sebagai pemangkin untuk menyemarakkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan bisnes khususnya di Lembah Klang dan Selangor, Kumpulan Prasarana akan turut melaksanakan beberapa inisiatif lain termasuk menawarkan tambahan diskaun untuk pakej perjalanan pas ‘MyCity’ dan menawarkan ruang-ruang percuma di stesen-stesen LRT, MRT dan monorel untuk berniaga di hujung minggu.

Selain merancakkan ekonomi dan membantu para peniaga kecilan dan usahawan, langkah menawarkan ruang-ruang perniagaan percuma ini akan membantu meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana, yang meliputi perkhidmatan MRT, LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Terjejas teruk ekoran penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah penumpang perkhidmatan LRT, MRT, BRT, monorel dan bas henti-henti di bawah jenama perkhidmatan Rapid KL, yang mencatat purata 1.1 juta sehari sebelum PKP, kini sudah beransur naik khususnya selepas Kerajaan membenarkan jumlah penumpang 100 peratus kapasiti dalam perkhidmatan rel pada 11 Jun lepas.

Pengurusan Prasarana percaya bahawa langkah pengenalan My30, yang diumumkan sebagai antara strategi utama di bawah Plan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), akan menjadi pemangkin utama kepada merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan sekitar Lembah Klang dan Selangor dengan perbelanjaan pengangkutan diletakkan pada kadar minima pada kadar RM30 untuk 30 hari atau hanya RM1 sehari.

Diadakan sementara untuk tempoh enam bulan sehingga akhir Disember dan dibuka eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, pakej My30 membolehkan penumpang menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL termasuk bas henti-henti dan bas perantara Jom Naik MRT berulang alik tanpa had pada harga RM30 untuk 30 hari perjalanan.

Mula dijual pada 15 Jun lepas, Prasarana sudah menjual lebih 60,000 pas perjalanan My30 sehingga hari ini. Jumlah ini dijangka meningkat dengan pembukaan semula secara berperingkat sekolah-sekolah dan apabila mereka yang sedang menamatkan hari-hari akhir pakej My100 dan My50 mereka sebelum beralih kepada My30 untuk penjimatan yang melampau.

Bagi mempamerkan sokongan beliau kepada pakej perjalanan My30 itu, Tengku Zafrul turut mendaftar sebagai pengguna My30 di Stesen Bank Rakyat Bangsar hari ini dengan membawa mesej ‘anda tidak perlu menjadi pengguna tegar untuk mendaftar My30 kerana ia sangat berbaloi dan cukup berguna untuk bergerak di Lembah Klang’.

Untuk pakej pas perjalanan pas ‘MyCity, Prasarana akan menurunkan harga yang telahpun diberikan diskaun sekarang daripada RM10 kepada RM5 sahaja. Untuk pas 3 hari pula, pas berkenaan dikurangkan daripada RM25 kepada RM15 sahaja. Para pelanggan boleh membeli pas-pas ini pada harga baharu mulai 1 Julai ini.

Bagi membantu merangsangkan kembali ekonomi, Prasarana turut bersetuju untuk menyediakan peruntukan RM5 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan berskala kecil untuk ditawarkan kepada kontraktor dalam kelas G1. Antara bidang kerja yang dikenalpasti adalah kerja-kerja penurapan jalan, mengecat bahagian luaran dan dalaman stesen; dan kerja-kerja membaiki atap dan jubin kawasan siarkaki.

Di samping itu, Prasarana, yang akan menjadi operator untuk perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, kini sedang mengiklankan lebih 300 peluang pekerjaan pelbagai jawatan untuk berkhidmat dengan rangkaian aliran transit masa aitu, yang dibuka untuk Fasa 1 pada tahun hadapan.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup