On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Konsul General Malaysia Di Jeddah Puas Hati Persiapan MMMSL Di Mekah
Selasa, 23 Ogos 2016
MEKAH
Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), yang bakal memberi khidmat kepada ratusan ribu jemaah haji di Tanah Suci Mekah, dijangka lebih mantap untuk tahun 1437 Hijrah, yang merupakan operasi tahun kedua oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Konsul General Malaysia di Jeddah, Encik Mohammad Ali Selamat, yang membuat lawatan kerja ke depoh dan stesen-stesen MMMSL semalam, menyuarakan rasa puas hati dengan gembira dengan persiapan yang giat dilaksanakan oleh MMMSL.

“Dengan pengalaman yang sedia adalah dan doa daripada kami di pejabat Konsul General di Jeddah dan seluruh rakyat Malaysia, saya yakin operasi tahun ini akan berjalan lancar dan lebih mantap daripada apa yang dilaksanakan tahun lepas.

“Saya berharap seluruh wargakerja MMMSL khususnya daripada Prasarana sendiri akan memberikan komitmen penuh kepada operasi ini kerana ia bukan saja penting untuk keselesaan para jemaah tetapi juga untuk mengharumkan nama negara.

“Bagi kami di Arab Saudi, MMML adalah satu projek yang ikonik untuk Malaysia,” kata Mohammad Ali, yang turut diiringi oleh Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Arab Saudi, Encik Khairul Annuar Abdul Halim dan para pegawai tinggi dari pejabat Kedutaan Malaysia.

Beroperasi selama tujuh hari setahun khusus untuk musim haji, kerja-kerja penyelenggaraan dan ujian untuk tren dan sistem berjalan sepanjang tahun mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Untuk musim haji 1437H ini, kerja-kerja percubaan operasi atau ‘trial operations’ sepenuh masa 24 jam sehari sedang giat berjalan sejak 9 Julai lepas. Kerja-kerja ini bakal berakhir pada 5 September sebelum operasi sebenar bermula dua hari kemudian pada 7 September.

Dalam taklimat beliau kepada Encik Mohammad Ali dan delegasinya, Pengarah Projek MMMSL, Encik Ahmad Jamaluddin Salleh berkata pihaknya sudah bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mantap musim ini.

Katanya, persiapan untuk tahun ini telah bermula sebaik saja berakhir musim haji tahun lepas di mana MMMSL telah dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Kementerian Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar Arab Saudi (MOMRA) dengan jayanya.

“Berbeza dengan tahun lepas, MMMSL kini diletakkan di bawah pengawasan MDA (Lembaga Pembangunan Mekah), yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dan komitmen yang tinggi bagi memastikan projek ini berjaya pada tahun pertama kendaliannya,” kata Jamaluddin.

Berdasarkan kepada lokasi penempatan para jemaah yang ditetapkan mengikut negara, perkhidmatan MMMSL digunakan sepenuhnya oleh para jemaah dari negaranegara Teluk dan Asia Selatan.

Dari Kanan Konsul General Malaysia di Jeddah Mohammad Ali Selamat diberi taklimat oleh Pn Masnizam Hisham Penasihat Projek MMMSL sambil diperhatikan oleh Ahmad Jamaluddin Salleh, Pengarah Projek MMMSL dan En Khairani Mohamed CEO Prime Sdn Bhd.
Konsul General Malaysia di Jeddah Mohammad Ali Selamat dibawa menaiki tren MMMSL dari Depoh Arafah ke Stesen Mina 3
Konsul General Malaysia di Jeddah Mohammad Ali Selamat diberi taklimat oleh En Khairani Mohamed ketiba tiba di stesen Mina 3 (Jamrat)
Group Foto Delegasi di tren MMMSL
Group Foto Delegasi di Pusat Kawalan Operasi MMMSL
Group Foto Delegasi
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup