On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
KOMPONEN PENYAMBUNGAN PUNCA GANGGUAN
Friday, 7 December 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Kerosakan komponen penyambungan kabel bekalan kuasa telah menyebabkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling mengalami gangguan di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur.
1

Insiden yang berlaku pada jam 9.45 pagi telah menyebabkan perkhidmatan LRT di stesen berkenaan tidak dapat beroperasi kerana tiada bekalan kuasa.

Pemeriksaan di kawasan trek telah mendapati, terdapat dua kabel yang membekalkan arus terus (DC) dari pencawang kuasa (TPSS) ke trek LRT telah terputus.

Jurutera Rapid KL yang menjalankan kerja baik pulih telah mendapati skru dan nat yang digunakan untuk mengetatkan kabel telah cair.

Kerja-kerja menggantikan kabel dan skru yang rosak dijalankan oleh sepasukan juruteknik Rapid KL. Sistem pulih sepenuhnya pada jam 1.15 petang.

Pihak Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma bagi membawa penumpang dari stesen PWTC ke Stesen Sentul Timur dan sebaliknya.

Bercakap dalam taklimat kepada media, Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Ampang, Abdul Hadi Amran berkata pihak operasi akan meningkatkan kekerapan pemeriksaan khususnya di kawasan landasan LRT bagi memastikan semua sambungan kabel yang membekalkan kuasa kepada trek LRT sentiasa dalam keadaan baik.

Berdasarkan rekod penyelenggaran, kabel dan skru telah diganti mengikut jadual pada tahun 2017 dan penyelenggaran pencegahan (Preventive Maintenance) yang terkini telah dibuat pada 25 Mei 2018.

“Dikesempatan ini, saya bagi pihak Rapid Rail ingin memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan akibat daripada gangguan ini”, tambah Abdul Hadi.

Sepanjang gangguan berlaku, pengguna dimaklumkan mengenai status perkhidmatan menerusi pengumuman di stesen dan saluran media sosial Rapid KL.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup