MEDIA RELEASES
KLINIK AL FATIHAH UNTUK MANFAAT PENUMPANG DI STESEN LRT MASJID JAMEK
Monday 21 May 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Atas dorongan semangat dan sambutan memberangsangkan daripada para penumpang pada musim lepas, Rapid KL kini menganjurkan Klinik Al Fatihah di Stesen LRT Masjid Jamek bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak ini.
1

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, program membantu penumpang beragama Islam memantapkan bacaan surah Al Fatihah tahun ini dilaksanakan bersama-sama dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan para pelajar sekolah tahfiz Darul Furqan di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Dilancarkan semalam, Klinik Al Fatihah, yang diadakan di ruang legar utama Stesen Masjid Jamek, dibuka antara pukul 2 petang hingga 4 petang pada hari Isnin hingga Khamis; dan antara 11 pagi hingga 6.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

“Rapid KL ingin merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Sekolah Tahfiz Darul Quran atas sokongan mereka untuk program tahun ini. Kami menerima sambutan yang cukup menggalakkan tahun lepas.

“Ramai di kalangan kita yang mahu memantapkan lagi bacaan Al Fatihah masing-masing kerana ia adalah surah yang amat penting dan merupakan rukun dalam solat. Kami di Rapid KL amat berbesar hati untuk memberi sumbangan ini kepada para pengguna kita,” kata Ketua Pegawai Operasi, LRT Laluan Kelana Jaya, Haji Ismail Abdullah dalam satu kenyataan.

Terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen LRT Masjid Jamek adalah stesen integrasi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling dan merupakan antara stesen LRT paling sibuk.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Generic Popup