On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
KERJA-KERJA PEMULIHAN LRT LALUAN KELANA JAYA DITERUSKAN
Wednesday, 26 May 2021

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Bekerja sepenuh masa dengan tiga syif sejak dua malam lepas, kerja-kerja pemulihan (recovery works) untuk operasi penuh perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya diteruskan hari ini dengan fokus untuk mengeluarkan kedua-dua tren yang terlibat dalam insiden pada 24 Mei lepas.

1

Melibatkan staf daripada Jabatan Penyelenggaraan Rangkaian Trek, Jabatan Stok Kereta (Rolling Stock), dan Jabatan Komunikasi dan Semboyan (Signalling and Communication Wayside) daripada kelima-lima rangkaian rel – LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Kajang, MRT Laluan Putrajaya dan Laluan Monorel, kerja-kerja pemulihan memasuki hari kedua hari ini dengan kira-kira 50 staf kejuruteraan dan teknikal bekerja pada setiap syif.

“Kerja-kerja pemulihan berjalan lancar dan dijangka akan selesai dalam masa tiga hari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan. Sejurus selepas kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa pada malam berkenaan, pasukan pemulihan memulakan kerja mereka serta merta dengan membuat penilaian terhadap kerosakan dan diikuti dengan kerja-kerja awalan sebelum memulakan kerja-kerja pemulihan,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana pada hari ini.

Bahagian paling mencabar adalah untuk memisahkan gerabak-gerabak untuk kedua-dua tren dan menaikkan enam gerabak yang tergelincir kembali ke atas landasan. Sehingga malam tadi, lima daripada enam gerabak berkenaan sudah berjaya dinaikkan.

“Kerja-kerja hari ini tertumpu kepada gerabak terakhir; dan kerja-kerja berkaitan dengan proses mengeluarkan tren, yang kemudiannya akan dibawa ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang,” tambah kenyataan berkenaan.


3


Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup