On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
‘Keretapi Sarung’ Semarakkan Semangat Patriotik di LRT, MRT
Friday 16 September 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 16 September – Meraikan Hari Malaysia dengan cara tersendiri, lebih 2,000 peserta daripada pelbagai kaum hari ini menaiki tren sambil memperagakan kain sarung sebagai simbol identiti menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
1

Dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Local Companion atau LOCCO; dan disokong oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), melalui perkhidmatan rel bandar Rapid KL, para peserta menari dan menyanyi ceria lagu-lagu patriotik dan lagu rakyat sepanjang perhimpunan informal mereka di stesen-stesen terpilih dan sepanjang perjalanan di dalam tren LRT dan MRT.

Sementara lelaki hebat dengan kain pelikat dan kebanyakan wanita menyarungkan bergaya kain batik, mereka memulakan perjalanan daripada Stesen MRT Bandar Utama dan lima stesen LRT – Ampang, IOI Puchong Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya dan Gombak dan bergerak mengikut laluan masing-masing ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), yang terletak di Jalan Ampang dan berdekatan dengan stesen-stesen LRT Dang Wangi dan KLCC.

Lebih menyeronokkan adalah apabila para pengguna LRT dan MRT lain termasuk dari kalangan warga emas, secara ‘sporting’, turut menyertai nyanyian lagu-lagu popular tanahair itu, tanpa rasa segan dan silu sekali gus menyemarakkan lagi semangat patriotik dan perpaduan di kalangan semua.

Juga menarik adalah antara ribuan peserta yang mengambil bahagian dalam acara hebat ini adalah seorang mahasiswa dari Korea National Police University di Pusan, Su Hwan Kim, yang kini sedang mengikuti program pertukaran pelajar di Universiti Malaya.

Datang atas jemputan rakannya, Muhammad Fathi Rayyan, Su memakai kain pelikat, yang malangnya berkali-kali lucut dan diikat semula selepas diajar oleh para peserta lain. Secara jujur, dia mengaku bahawa dia tidak mengetahui lirik lagu-lagu yang dinyanyikan, tetapi tetap bersemangat mengikut irama dan lirik-lirik yang dihafal secara spontan.

Diminta mengulas mengenai program berkenaan, Su berkata dia rasa bertuah untuk berpeluang menyertai program Keretapi Sorong itu dan merasa sangat gembira untuk bersama-sama menjayakannya.

Koordinator program, Faizah Ahkam merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Rapid KL atas sokongan mereka menjayakan acara Keretapi Sarong 2018 itu./d

“Acara ini hanya boleh diadakan dengan tren; kerana ia membolehkan kita merancang perjalanan dan kami boleh bergerak beramai-ramai,” kata Faizah, turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan atas sokongan mereka.

3
Gambar berkumpulan Keretapi Sarung
Peserta kereta sarung di Stesen Bandar Utama
Peserta keretapi sarung di Stesen Ampang
Su (baju biru) bersama-sama peserta Keretapi Sarung di Stesen KL Sentral
Su (baju biru) di KL Sentral
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup