On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
KEKERAPAN PERKHIDMATAN RAPID BUS DINILAI SEMULA SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Thursday, 19 March 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 19 MAC 2020 – Susulan hari pertama berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac, didapati jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam telah berjaya dikurangkan secara ketara. Ini membuktikan rakyat Malaysia dan orang ramai sedia bekerjasama untuk mematuhi arahan Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
1

“Bagi mereka yang masih bertugas pula, jangan risau kerana perkhidmatan bas Rapid Bus masih beroperasi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan orang ramai yang tetap bekerja bagi perkhidmatan-perkhidmatan penting (essential services) sepanjang tempoh kawalan ini.

Pengamatan kami sejak semalam mendapati jumlah penumpang secara keseluruhannya telah menurun sebanyak 66%. Bagi Rapid KL penurunan adalah sehingga 65.1%, Rapid Penang 50.8%, Perantara MRT sebanyak 75.7%, Rapid Kuantan 62% dan BRT Laluan Sunway sehingga 79.5%.

Dengan pengurangan jumlah penumpang, mereka juga dinasihatkan mengamalkan jarak sosial (social distancing) apabila keadaan mengizinkan,” kata Encik Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus Sdn Bhd.

Berikutan itu, di dalam memainkan peranan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap pelanggan dan kakitangan Rapid Bus akan menyusun semula kekerapan perkhidmatan bas bagi Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Manjung, Rapid Kamunting dan BRT Laluan Sunway.

Penurunan kekerapan perkhidmatan berdasarkan permintaan (based on demand) secara berperingkat akan bermula pada 21 Mac 2020 sehingga diumumkan kelak. Di dalam masa itu Rapid Bus akan sentiasa memantau permintaan dan menasihati pelanggan-pelanggan mengenai sebarang perubahan.

Menyentuh tentang langkah-langkah pencegahan, Rapid Bus prihatin terhadap keselamatan pelanggan dan kebersihan kenderaan, malah telah meningkatkan tahap pembasmian kuman sesuai dengan panduan daripada Perbadanan Kesihatan Dunia (WHO).
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup