On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
JURUTERA RAPID KL KOMITED DEMI KESELESAAN PENUMPANG
Wed 26 September 2018
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 26 September – Demi keselesaan penumpang, para jurutera Rapid KL bertungkus lumus sehingga 4 pagi ini bagi mencari penyelesaian kepada gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya semalam.
1

Para jurutera telah dikerah untuk memeriksa keseluruhan sistem semboyan antara stesen LRT Damai dan Ampang Park, yang terjejas sekali gus menjejas kelancaran keseluruhan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

“Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang berbangkit daripada kegagalan sistem semboyan antara stesen LRT Damai dan Ampang Park semalam. Jurutera-jurutera kami daripada pelbagai unit sebenarnya telah bekerja tanpa henti lebih 15 jam termasuk sehingga awal pagi ini bagi memastikan sistem kembali pulih dengan lancar. 

“Sistem kami dijalankan oleh rangkaian pelbagai komponen elektronik. Kegagalan salah satu komponen semboyan ini adalah di luar jangka; seperti juga pelbagai peralatan elektronik yang kita gunakan setiap hari.   

“Sistem semboyan merupakan komponen penting kepada sistem isyarat yang mengawal pergerakan tren automatik bagi LRT Laluan Kelana Jaya. Kejadian semalam berlaku pada salah satu komponen yang terletak di antara stesen LRT Damai dan stesen LRT Ampang Park. 

“Oleh kerana sistem LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi sepenuhnya secara automatik tanpa pemandu, di atas faktor keselamatan penumpang, Pusat Kawalan Operasi (OCC) telah bertindak memperlahankan kelajuan tren. OCC turut menghantar tren-tren kosong ke stesen-stesen sibuk seperti Pasar Seni, Masjid Jamek dan KLCC bagi mengurangkan kesesakan di platform.

“Pengumuman menerusi sistem siaraya stesen dan media sosial turut dilakukan secara berkala bagi memaklumkan status terkini kepada penumpang yang berada di platform dan di dalam tren. Kami komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan dan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang rapi termasuk penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance). Kami juga bertekad untuk mencari penyelesaian kekal berhubung kejadian sebegini.

“Kami di Rapid Rail Sdn Bhd berterima kasih atas kefahaman orang ramai dan kesabaran serta sokongan anda semua kepada perkhidmatan kami,” menurut Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini. 

3
Jurutera Rapid KL sedang memeriksa komponen elektronik sistem semboyan di Stesen LRT Damai. (3.00pagi - Rabu)
Jurutera Rapid KL sedang memeriksa komponen elektronik sistem semboyan di Stesen LRT Damai. (3.00pagi - Rabu)
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup