On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
GUNA KAD MYRAPID TnG UNTUK PERJALANAN LANCAR UNTUK SUKAN SEA
Sunday, 20 August 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Para peminat yang berhasrat menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL, yang dikendalikan oleh Rapid Rail, untuk berkunjung ke gelanggang pertandingan Sukan SEA ke 29 khususnya Bandaraya Sukan Bukit Jalil dinasihatkan untuk menggunakan mod tanpa tunai.

“Anda boleh menggunakan kad kami, MyRapid Touch ‘n Go (TnG) atau mana-mana kad Touch ‘n Go. Ini bagi memastikan anda menikmati perjalanan lancar untuk masuk dan keluar stesen dengan selesa dan mudah. 

“Sekiranya anda perlu memberi token, anda disarankan membeli dua token berasingan untuk pergi dan juga balik (return) supaya anda tidak perlu beratur di mesin pembelian tiket ketika mahu pulang seperti yang berlaku di Stesen LRT Bukit Jalil semalam. Bagaimanapun, sila pastikan anda menggunakan token yang betul.

“Ramai yang beratur bagi membeli token untuk pulang selepas tamat upacara perasmian temasya Sukan SEA. Cara yang lain adalah membeli token balik sebelum keluar daripada stesen supaya anda tidak perlu membeli token untuk perjalanan baik.

“Jadi, nasihat kami adalah untuk semua para peminat untuk sentiasa mempunyai kad MyRapid TnG atau mana-mana kad TnG. Dan, pastikan ia mempunyai nilai yang mencukupi supaya perjalanan anda lancar dan anda tidak menyebabkan rakan-rakan penumpang lain terpaksa menunggu lebih lama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman. 

Katanya, sejumlah 45,368 penumpang menggunakan kad TnGo dan Token melalui pintu automatik atau 'Automatic Gates' LRT untuk ke Stadium LRT Bukit Jalil semalam untuk menyaksikan upacara pembukaan rasmi temasya Sukan SEA, yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong malam tadi.

“Jumlah ini tidak termasuk seramai 7,198 orang para sukarelawan dan petugas yang dibenarkan menggunakan perkhidmatan Rapid KL dengan percuma sebagai sokongan kam kepada temasya sukan ini. Jadi, secara keseluruhan, terdapat 52,566 penumpang berada di Stesen LRT Bukit Jalil semalam,” kata Zohari.

Katanya lagi, penggunaan perkhidmatan LRT, MRT dan monorel bukan saja akan memudahkan perjalanan tetapi juga menjimatkan dengan diskaun 50 peratus yang diberikan sehingga akhir bulan ini.

Rapid KL, yang menyediakan perkhidmatan rel LRT, MRT dan monorel serta bas ganti-ganti adalah Penyedia Pengangkutan Rasmi Sukan SEA ke 29 KL Games 2017.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup