On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Gangguan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya – Rapid Rail Mohon Maaf – Umum Perkhidmatan Percuma
Jumaat, 9 September 2016
KUALA LUMPUR
Pada hari ini kira-kira 9.15 pagi, dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa yang turut menjejaskan sistem pengudaraan tren.

Demi keselamatan para penumpang, pengurusan Operasi Laluan Kelana Jaya telah mengambil keputusan untuk mengungsi kesemua penumpang dari tren tersebut ke stesen terdekat iaitu Stesen Sri Rampai (kira-kira 10m dari tren pertama) dan Stesen Damai (kira-kira 80m dari tren kedua). 

Pengungsian berkumpulan hanya dijalankan selepas pasukan operasi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.

Kaedah pengungsian ini adalah amalan standard jika berlaku ganguan kepada sistem tren pada jangkamasa yang agak lama.

Kesemua penumpang dari kedua-dua tren selamat tiba di Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan atau menunggu tren susulan.

Berikutan gangguan terhadap tren tersebut, operasi LRT Laluan Kelana Jaya turut terjejas menyebabkan masa menunggu yang lebih lama kepada para penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.

Kami memohon maaf kepada para penumpang berikutan kejadian tersebut.Berikutan kejadian tersebut, Rapid Rail akan memberi perkhidmatan percuma kepada semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya pada 13, 14, dan 15 September 2016.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup