On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
STESEN MRT DITUTUP DUA HARI BAGI KERJA MRT LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA
Perkhidmatan bas perantara percuma ke stesen-stesen yang terjejas semasa penutupan
Wednesday 14 November 2018
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 14 November 2018: Pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kini 37% siap dan telah mencapai tahap di mana kerja-kerja untuk memindahkan sebahagian daripada MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) menjadi sebahagian daripada Laluan SSP akan bermula.
1

Bermula pada hujung minggu ini, kerja-kerja tersebut akan bermula di bahagian landasan antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Sungai Buloh bagi memindahkan bahagian ini menjadi sebahagian daripada Laluan SSP. Bahagian ini mempunyai tiga stesen iaitu Stesen Kwasa Damansara, Stesen Kampung Selamat dan Stesen MRT Sungai Buloh.

Disebabkan kerja-kerja ini, Stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara akan ditutup sepanjang hujung minggu ini iaitu pada 17 dan 18 November 2018.

Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan SSP, Rapid Rail Sdn Bhd, Tuan Haji Azmi Mohd Zain berkata semasa penutupan stesen-stesen tersebut, tren-tren Laluan SBK akan tamat di Stesen Kwasa Sentral dan kembali ke Kajang.

“Perkhidmatan bas perantara percuma akan beroperasi antara Stesen Kwasa Sentral dan Stesen Sungai Buloh. Perkhidmatan bas perantara ini juga akan berhenti di Pintu A dan B Stesen Kampung Selamat,” kata beliau semasa sidang akhbar bersama Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Rapid Rail Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, merupakan pengendali Laluan SBK, sementara MRT Corp adalah pemilik aset Laluan SBK serta pemilik projek dan pemaju Laluan SSP, laluan kedua Projek MRT Lembah Klang.

Azmi berkata perkhidmatan bas perantara akan beroperasi pada kekerapan yang sepadan dengan kekerapan tren pada hujung minggu, iaitu antara 7 minit dan 15 minit.

Bas perantara percuma ini tidak akan masuk ke Stesen Kwasa Damansara kerana kawasan sekitar stesen bukan merupakan kawasan kediaman atau pun komersial. Semua penumpang yang menggunakan Stesen Kwasa Damansara merupakan pengguna yang memandu atau dihantar ke stesen dengan kenderaan persendirian, perkhidmatan teksi atau e-panggilan. Sewaktu penutupan, para penumpang dinasihati untuk menurunkan penumpang atau meletakkan kenderaan di Stesen Sungai Buloh atau Kwasa Sentral.

Tambah Azmi, perkhidmatan bas perantara biasa dari Stesen Kwasa Sentral, Kampung Selamat dan Sungai Buloh akan terus beroperasi seperti biasa semasa penutupan stesen.

“Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd yang singgah di Stesen Sungai Buloh juga akan terus beroperasi seperti biasa. Penumpang KTM yang ingin bertukar ke Laluan SBK boleh menaiki bas perantara percuma untuk ke Stesen Kwasa Sentral di mana mereka boleh bertukar ke tren MRT,” kata beliau.

Untuk mewarwarkan penutupan stesen ini, Azmi berkata kedua-dua pihak Rapid Rail Sdn Bhd dan MRT Corp telah melaksanakan pelan komunikasi bersama yang meliputi pengumuman di semua stesen MRT, LRT dan monorel, tren MRT, radio dan media sosial; kain rentang dan bunting di stesen serta pengedaran risalah di seluruh rangkaian rel.

“Papan tanda arah dan maklumat akan diletakkan di lokasi strategik di stesen untuk membimbing penumpang ke bas perantara percuma. Kakitangan kami juga bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan,” tambah beliau.

Menjelaskan kerja-kerja yang akan dijalankan semasa hujung minggu, Pengarah Kerja Sistem Mekanikal & Elektrikal Laluan SSP MRT Corp, Encik Abdul Hamid Abdillah berkata dua sesimpang landasan akan dipasang di Laluan SBK yang sedia ada.

Kedua-dua sesimpang landasan ini akan membolehkan landasan utama bersambung dengan landasan baru yang akan dipasang di platform-platform Laluan SSP di Stesen Kwasa Damansara. Platform-platform ini terletak bertentangan dengan platform Laluan SBK.

“Di masa hadapan, Stesen Kwasa Damansara akan menjadi stesen akhir bagi kedua-dua Laluan SBK dan SSP. Penumpang boleh bertukar dari satu laluan ke laluan lain dengan hanya berjalan dari satu sisi platform ke sisi yang lain,” katanya.

Hamid berkata banyak perancangan telah dijalankan untuk memastikan kerja-kerja itu akan dijalankan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Beliau berkata semua risiko telah dikenal pasti, seperti kemungkinan hujan yang akan menghalang kerja-kerja, dan semua langkah telah diambil untuk menyelesaikan atau mengurangkan risiko tersebut.

“Beberapa titik kawalan telah ditetapkan sepanjang dua hari kerja di mana MRT Corp, Rapid Rail, Rakan Pelaksana Projek Laluan SSP dan Kontraktor Pakej Kerja akan membuat keputusan kritikal sama ada untuk meneruskan kerja ke peringkat seterusnya.

“Titik kawalan ini akan membolehkan kami menentukan sama ada kerja-kerja itu berjalan mengikut jadual dan perkhidmatan tren akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, 19 November 2018. Jika atas apa jua sebab sekalipun kami tidak berpuas hati dengan kemajuan di mana-mana peringkat, kami tidak akan membenarkan kontraktor meneruskan ke peringkat seterusnya, di mana pembukaan semula perkhidmatan tren akan menghadapi risiko,” katanya.

Sebagai persiapan sekiranya kerja-kerja itu perlu diteruskan selepas tempoh penutupan yang dirancang, Hamid berkata MRT Corp dan Rapid Rail telah pun membuat pelan kontinjensi untuk mengendalikan bas gantian ke stesen-stesen yang terjejas.

Hamid berkata kerja-kerja yang akan dijalankan pada hujung minggu ini merupakan salah satu daripada berbagai aktiviti lain yang akan dijalankan untuk kerja-kerja pemindahan yang akan dijalankan dari sekarang sehingga pembukaan Fasa Pertama Laluan SSP pada 2021. Kerja-kerja ini mungkin akan memerlukan penutupan lanjut tiga stesen tersebut di masa hadapan.

Beliau memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh penumpang di atas penutupan stesen. Beliau juga berharap orang awam dapat memahami kerja-kerja yang dijalankan adalah untuk meningkatkan dan memperluaskan liputan pengangkutan awam rel bandar di Lembah Klang.

Untuk lebih maklumat tentang penutupan stesen, sila ke laman web RapidKL www.myrapid.com.my, Twitter @MyRapidKL, Facebook Rapid KL atau hubungi Hotline RapidKL 03-78852585.


3

Pengarah Kerja Sistem Mekanikal & Elektrikal Laluan SSP MRT Corp, Encik Abdul Hamid Abdillah memberi penerangan mengenai Kerja Migrasi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)

Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan SSP, Rapid Rail Sdn Bhd, Tuan Haji Azmi Mohd Zain memberi penerangan mengenai penutupan stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan perkhidmatan bas perantara percuma

Pengarah Kerja Sistem Mekanikal & Elektrikal Laluan SSP MRT Corp, Encik Abdul Hamid Abdillah (menghadap kamera, kiri) dan Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan SSP, Rapid Rail Sdn Bhd, Tuan Haji Azmi Mohd Zain (kanan) sewaktu sesi Soal dan Jawab bersama media

Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan SSP, Rapid Rail Sdn Bhd, Tuan Haji Azmi Mohd Zain (kiri) dan Pengarah Kerja Sistem Mekanikal & Elektrikal Laluan SSP MRT Corp, Encik Abdul Hamid Abdillah (kanan) membawa pihak media melihat dimana trek Laluan SSP yang bakal berada nanti.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup