On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
DELEGASI 49 KAPTEN TREN BERLEPAS KE MEKAH UNTUK OPERASI TREN HAJI MMMSL
Wednesday, 28 June 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Persiapan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi mengendalikan operasi perkhidmatan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern  Line (MMMSL) di Tanah Suci Mekah musim ini semakin rancak dengan penghantaran kumpulan  
kedua Kapten tren seramai 49 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang hari ini. 

Mereka akan menyertai 50 orang pemandu tren Malaysia yang sudahpun berada di Depoh MMMSL di Arafah sejak bulan Mei lepas untuk menjalani latihan dan menguji 15 set tren 12  gerabak yang akan digunakan untuk operasi yang khusus dijalankan pada musim haji selama  tujuh hari mulai 29 Ogos ini.  

Sementara 49 orang Kapten tren yang berlepas hari ini adalah daripada yang sedia berkhidmat dengan Rapid Rail untuk perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang, kumpulan 50 yang sudah berada di Depoh MMMSL sekarang adalah bekas pemandu dan pesara yang pernahberkhidmat dengan Rapid KL, STAR-LRT dan KTM.  

Selain 50 Kapten tren ini, turut sudah berada di Depoh MMMSL sekarang sejak April lepas adalah pasukan pengambilan staf tempatan Arab Saudi seramai 21 orang, yang  dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan melatih 6,600 pekerja tempatan untuk kerja-kerja mengawal penumpang MMMSL musim ini.  

Untuk operasi musim ini, Kapten-kapten tren dari Malaysia ini akan disokong oleh 24 Kapten tren Arab Saudi, yang dilatih oleh Akademi Rel, Rapid Rail di Kuala Lumpur tahun lepas, yang mana  telahpun mula berkhidmat dengan MMMSL sejak operasi tahun lepas.  

Turut serta dalam delegasi yang berlepas pada hari ini adalah dua jurulatih Kapten Tren, 8 staf untuk operasi stesen dan seorang pelukis kejuruteraan serta seorang pengurus untuk kawalan penumpang. 

Majlis penghantaran ini telah diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’Sri Azmi Abdul Aziz, yang diiringi oleh Puan Masnizam Hisham, Ketua Pegawai  Eksekutif, Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), yang merupakan  anak syarikat Prasarana dan pemegang kontrak mengendalikan operasi dan penyelenggaraan  aset dan fasiliti MMMSL.  

Kontrak untuk tempoh tiga tahun itu telah dianugerahkan kepada PRIME pada tahun 2015 dengan anak syarikat Prasarana itu mengambil alih tugas yang sebelum ini dijalankan oleh  China Railway Construction Corporation (CRCC) sejak perkhidmatan MMMSL ini diperkenalkan  di Tanah Suci Mekah pada tahun 2010. 

Sampai di Mekah, kesemua Kapten tren, yang akan menginap di kuarters kakitangan di Depoh MMMSL, ini perlu menjalani latihan khas selama lima hari sebelum dikehendaki pula 40 jam  pemanduan tren bagi melayakkan beliau untuk berkhidmat pada musim haji nanti. 

Operasi MMMSL untuk musim haji 2017 ini akan bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 4 September bersamaan dengan 7 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Kerja-kerja penyelenggaran tren,  stesen dan fasiliti lain, bagaimanapun, berjalan sepanjang tahun.  

Seramai 350,000 pemegang tiket akan menggunakan perkhidmatan MMMSL dan mereka akan bergerak pada masa yang sama mengikut ibadat dalam rukun-rukun haji – wukuf di Padang  Arafah, bermalam di Mina dan melontar di Jamrah.  

Mereka yang menggunakan perkhidmatan ini adalah dari negara-negara Timur Tengah dan rantau Asia Selatan termasuk India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Para jemaah Malaysia  tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kedudukan khemah mereka di Mina yang terlalu jauh daripada jajaran MMMSL ini.  

Dengan jajaran sepanjang 18.1km dengan sembilan stesen yang menghubungkan Arafah, Mina dan Jamrah, operasi tren diseliakan oleh Pusat Kawalan Operasi serba canggih, yang  terletak di Arafah.

Dato’ Seri Azmi Abdul Aziz (tengah baju kemeja biru) bersama Masnizam Hisham (Jubah Hitam) mengaminkan doa selamat sebelum menghantar petugas MMMSL ke Makkah

Dato’ Seri Azmi Abdul Aziz (tengah baju kemeja biru) bersama Masnizam Hisham (Jubah Hitam) memberi amanat dan kata-kata semangat kepada petugas MMMSL yang akan berangkat ke Makkah dengan pesawat Malaysia Airlines MH150
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup