On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
DATO’ SRI NAJIB DIJULANG PEMACU TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM 
Thursday, 8 June 2017
KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 8 Jun - Menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan atas jasa dan bakti Perdana Menteri dalam pembangunan pengangkutan awam negara, warga kerja Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini menjulang Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Pemacu Transformasi Pengangkutan Awam. 

Kira-kira 2,600 warga kerja Kumpulan Prasarana dan anak-anak syarikatnya hari ini menghadiri program khas ‘Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri’ di mana Dato’ Sri Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkongsi pandangan berhubung dengan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam negara. 

Diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, program berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana. 

Pada majlis itu, Perdana Menteri telah dipersembahkan dengan hadiah khas berupa koleksi gambar-gambar beliau ketika menghadiri aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Prasarana dan pengangkutan, yang disusun secara kreatif untuk menjadi potret beliau; dan membawa tajuk ‘Pemacu Transformasi Pengangkutan Awam’. 

Ditubuhkan sebagai agensi di bawah Kementerian Kewangan, Kumpulan Prasarana adalah antara pemain utama dalam program transformasi sistem pengangkutan awam khususnya sebagai pengendali perkhidmatan LRT, monorel dan MRT serta bas ganti-ganti di Kuala Lumpur dan Selangor, Pulau Pinang, Kuantan dan Kamunting.

Melalui anak-anak syarikatnya, Prasarana kini turut bertanggungjawab dalam pembinaan LRT Laluan 3, yang bakal menyambungkan Bandar Utama dan Klang; membangunkan gaya kehidupan baru melalui Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dan berkongsi kepakaran di luar negara untuk memperkasakan nama Malaysia di pasaran global.

Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup