On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
Ciri Tren Dipermantapkan, Komponen Tempatan Dipertingkatkan untuk KLAV27
Friday, 10 July 2020
Kuala Lumpur
PELABUHAN KLANG, 9 Julai – Dengan ciri-ciri yang dipermantapkan, 27 set tren baru empat-gerabak Bombardier Innovia Metro 300, yang akan dibekalkan secara berperingkat kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai bulan depan untuk kegunaan LRT Laluan Kelana Jaya, bakal menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lebih menyeronokkan kepada para pelanggan berbanding dengan tren-tren yang digunakan sekarang.
1

Ini termasuk 14 set tren daripada model sama yang dibekalkan oleh Bombardier HARTASUMA Consortium (BHC) kepada Prasarana pada tahun 2017 di bawah program KLAV atau ‘Kuala Lumpur Additional Vehicle’. Sementara Bombardier adalah syarikat pembekal tren antarabangsa beribupejabat di Kanada dengan rangkaian cawangan di seluruh dunia, HARTASUMA Sdn Bhd, yang mempunyai fasiliti pengeluaran di Pulau Indah dekat sini, adalah syarikat penyedia perkhidmatan rel dan tren tempatan yang dilantik untuk kerja-kerja pemasangan komponen-komponen tren berkenaan.

Antara penambah-baikan yang dibuat untuk set 27 tren KLAV baharu bagi meningkatkan keupayaan tren ini iaitu termasuklah:

• Dilengkapi dengan sistem baru ‘Digital Route Map Display’, yang telah diintegrasikan dengan sistem pintu (sebelum ini berjenis LED)

• Penambah-baikan kepada sistem ‘Train Management System’ (TMS)

• Status bagi Sistem Informasi Penumpang disediakan bagi setiap gerabak.

• Penambah-baikan sistem ‘air diffuser’ bagi mengelakkan kondensasi berlaku di dalam tren bagi keselesaan pengguna.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan ke fasiliti Hartasuma untuk meninjau kerja-kerja fasa akhir pemasangan untuk dua set tren berkenaan, yang dijadualkan untuk penghantaran ke Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang bulan depan bagi melalui siri-siri ujian dan pentauliahan sebelum diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk operasi.

Dato’ Sri Tajuddin, yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias, diberikan taklimat mengenai perkembangan projek berkenaan oleh Pengarah Urusan HARTASUMA, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Halim dan
Ketua Pegawai Teknikal HARTASUMA, Dato’ Muhammad Isom Azis.

Selain 14 set tren Bombardier Innovia Metro 300, perkhidmatan LRT Kelana Jaya, yang merupakan rangkaian rel urban dengan jumlah penumpang tertinggi, turut mempunyai
35 set tren 4-gerabak Bombardier 818 Series dan 20 set tren 2-gerabak Bombardier 414 Series di samping 2 set tren empat-gerabak, yang dihasilkan dengan mencantum set-set 2-gerabak. Sebelum penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas, purata jumlah penumpang harian untuk LRT Laluan Kelana Jaya adalah seramai 319,241 penumpang.

Dengan unjuran peningkatan jumlah penumpang LRT Laluan Kelana Jaya antara 7 hingga 9 peratus setahun mulai 2021, tambahan 27 set tren empat-gerabak itu diperlukan untuk mengekalkan keselesaan penumpang. Penambahan set tren berkenaan juga adalah bagi memastikan kekerapan tren pada tahap yang optima untuk rangkaian berkenaan selaras dengan misi Kumpulan Prasarana untuk terus menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan-perkhidmatan kendalian Prasarana.

Dilaksanakan di bawah Program Kolaborasi Industri atau Industrial Collaboration Program (ICP) Kementerian Kewangan, kontrak berkenaan turut mensyaratkan projek KLAV 27 ini dibangunkan secara 35 peratus oleh pihak tempatan. Ini akan memaksimakan penggunaan kandungan tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dan seterusnya mengurangkan aliran keluar mata wang negara.

Dengan pematuhan kepada syarat ini, BHC akan menjalankan memasangan sepenuhnya ‘bogie’ untuk 19 daripada 27 set tren berkenaan di Malaysia; di fasiliti pengeluaran Hartasuma di Pulau Indah ini. Selain penting untuk proses pemindahan teknologi atau ‘transfer of technology’, kerja-kerja pemasangan ‘bogie’ akan menggalakkan pembangunan pengetahuan yang strategik dan meningkatkan kepakaran serta keupayaan tempatan khasnya dalam sistem perkeretapian di Malaysia.

Selain pemasangan ‘bogie’, yang merupakan bahagian yang memegang tren kepada trek di samping penyaluran kuasa untuk tren bergerak, komponen-komponen kerja tempatan lain termasuklah kerja-kerja pemasangan dalaman tren, ujian tren statik dan perolehan tempatan seperti sistem lantai, panel, lampu, dan ‘stanchion’ atau sistem pemegang di dalam tren.
3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup