On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
CERIA CUTI SEKOLAH DI STESEN MRT SBK
Monday 18 December 2017
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 18 Disember – Lengkap berpakaian seragam sekolah dan ala-ala guru, staf Rapid KL di Stesen MRT Bukit Bintang bertukar ‘uniform’ untuk mengejutkan para pelanggan Hari Minggu semalam di stesen berkenaan dengan aktiviti ceria bersempena sambutan ulangtahun pertama perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK).   
1

Aktif bergerak di sekitar stesen bawah tanah tiga tingkat itu – kadang-kadang terkinja-kinja melayan kanak-kanak – mereka mengedarkan bungkusan gula-gula dan belon berwarna biru dan merah bagi menceriakan para penumpang yang berkunjung ke stesen berkenaan.

Program ‘Cuti Sekolah @ MRT SBK’, yang bakal diadakan pada setiap hari Ahad sepanjang bulan ini, diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan para pelanggan di samping menceriakan suasana stesen selaras dengan tema ‘Stesen Bukan Sekadar Tempat Transit’ yang menjadi aspirasi Prasarana.

“Hari ini kami buat keputusan untuk memberi lebih ‘feel’ pada program ini dengan memakai pakaian seragam sekolah dan guru sekolah. Saya sendiri amat teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan saya yang membeli sendiri pakaian berkenaan kerana tidak dapat menggunakan pakaian lama mereka dan tidak dapat pinjam daripada saudara mara.

“Saya cadangkan mereka pakai baju sekolah lama atau pinjam saja. Malangnya, ada yang tak muat. Faham-faham sajalah. Sudah lama tinggalkan sekolah. Kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana rakan-rakan saya ini atas komitmen mereka. Memang layak dapat anugerah PEARL,” kata pengurus projek, Cik Siti Shafinaz Hamzah.

Siti Shafinaz, atau lebih mesra dengan panggilan nama Finaz sahaja, program berkenaan akan diteruskan di Stesen MRT Muzium Negara pada Ahad depan (24 Disember) dengan konsep yang sama.

Bertugas sebagai Pengurus Stesen MRT Pasar Seni, Finaz berkata dia amat bangga untuk berkhidmat dengan Rapid KL Laluan MRT SBK dan melahirkan keyakinan bahawa perkhidmatan terbaru rel urban akan terus berkembang maju.

Mula beroperasi pada 16 Disember tahun depan untuk fasa pertama antara Sungai Buloh dan Semantan, perkhidmatan MRT SBK bermula dengan perkhidmatan promosi tambang percuma sehingga 15 Januari 2017. Fasa kedua, yang menghubungkan Semantan dengan Kajang dibuka pada 17 Julai lepas.

Sehingga 16 Disember, perkhidmatan MRT SBK, yang turut disokong oleh rangkaian perkhidmatan bas perantara yang komprehensif, telah mencatat lebih 21 juta pengguna di samping menjadi pemangkin perkembangan aktiviti bisnes dan ekonomi negara khususnya di Lembah Klang dan negeri Selangor.

Walaupun bermula dengan beberapa masalah teknikal kecil pada peringkat awal, perkhidmatan telah dapat dipermantapkan hasil daripada kerjasama erat dengan para kontraktor bagi menstabilkan perkhidmatan.

Hasil daripada kerjsama erat ini, indeks kebolehpercayaan perkhidmatan atau ‘service reliability index’ telah dapat dicapai pada tahap 99.8 peratus untuk tahun pertama perkhidmatan, yang biasanya amat sukar dicapai oleh sesuatu sistem yang sofiskated seperti perkhidmatan MRT.


3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup