On the go and need some assistance? Call our Helpline:
MEDIA RELEASES
APLIKASI MOOVIT MAMPU MEMBANTU PENGGUNA BAS MERANCANG PERJALANAN
Wednesday, 26 August 2020
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Rapid Bus Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali operasi perkhidmatan bas Rapid KL, Go KL dan SMART Selangor, pada hari ini mengumumkan ketersediaan maklumat sebenar (real-time) lokasi bas menerusi aplikasi Moovit, yang berupaya memanfaatkan ribuan pengguna perkhidmatan bas awam di Lembah Klang dan Selangor.
1

“Pengumuman ini adalah berikutan kerjasama kami dengan Moovit, yang merupakan sebahagian inisiatif Rapid Bus untuk menjalinkan kolaborasi bersama pembangun aplikasi pihak ketiga yang terpilih. Sebelum ini kita telah melancarkan perkongsian data real-time bersama Google Maps pada 18 Jun yang lepas.

Kedua-dua inisiatif ini menandakan satu titik baharu di dalam perkongsian data kedudukan bas secara real-time bagi kemudahan para pelanggan kami. Inisiatif-inisiatif kolaboratif ini adalah pelopor kepada inisiatif perkongsian data terbuka yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij.

Selain menggunakan data yang dikongsikan melalui kolaborasi ini, Moovit juga menggunakan data yang dikumpulkan daripada sumber-sumber lain.

Dengan aplikasi Moovit, para penumpang dapat menyemak lokasi semasa sebenar (real time) yang dikongsikan oleh Rapid Bus bagi bas Rapid KL bagi laluan-laluan bas di Lembah Klang termasuk bagi bas perantara MRT, perantara LRT, Go KL dan beberapa laluan-laluan perkhidmatan bas Smart Selangor yang terpilih.

Pada masa hadapan, Rapid Bus merancang untuk meluaskan rangkuman data lokasi kepada perkhidmatan bas perantara MRT, Rapid Penang di Pulau Pinang dan Rapid Kuantan di Pahang.

Selain daripada maklumat perjalanan bas, perkongsian data ini melalui Moovit turut menyajikan pilihan perjalanan lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, memberikan maklumat hentian bas dan jangkaan masa perjalanan. Dengan adanya kemudahan maklumat perjalanan ini melalui aplikasi telefon pintar, para penumpang boleh menanti bas mereka sambil bersantai atau melakukan aktiviti lain sementara menunggu ketibaan bas.

Para pengguna perkhidmatan bas Rapid KL boleh memuat turun aplikasi Moovit daripada Google Play atau Apple App Store.

3
Change Location
From
    To
      Save Route
      You can only save routes if you are a member. Sign up now to be able to save up to 10 routes! You can also receive updates and news from MyRapid.
      Save Route
      The route has been saved successfully.
      Route has been Saved
      You have saved this route previously. Please try saving another route.
      You have saved more than 10 Routes.
      Opps! You have saved more than the set 10 routes. Please delete one or more route(s) and try again. Thank you.
      Ooops!
      Generic Popup