Prasarana dan KBS, yang telahpun menjalinkan pelbagai kerjasama dengan KBS dalam memperkasakan kemahiran di kalangan belia di bidang perkhidmatan pengangkutan awam dan sokongan kepada acara-acara sukan antarabangsa, akan memperhebatkan lagi kerjasama melalui Kolaborasi Korporat Prasarana – KBS untuk TN50.
Antara sokongan yang diberikan oleh Prasarana termasuklah perlantikan angkatan Duta Muda TN50, yang mana telah bekerja keras sejak Ogos lepas untuk menemui para pengguna tren dan bas kendalian Kumpulan Prasarana bagi mendapatkan aspirasi mereka untuk Negaraku Malaysia yang gemilang menjelang 2050.
Penyempurnaan Kolaborasi Korporat berkenaan telah dilakukan dalam satu majlis yang cukup unik dan simbolik; dengan diadakan sepenuhnya dalam tren khas berbalut pelbagai elemen TN50 di Stesen LRT KL Gateway – Universiti, Kuala Lumpur.
Bermula dengan sesi fotografi dengan 10 Duta Muda berkenaan bersama-sama dengan YB Khairy dan Dato’ Sri Azmi, mereka menaiki tren berkenaan bersama-sama dengan lebih 100 para jemputan termasuk para pemimpin muda Kumpulan Prasarana.
Sepanjang perjalanan tujuh minit daripada Stesen LRT Bank Rakyat – Bangsar ke Stesen LRT KL Gateway – Universiti dengan melalui Stesen LRT Abdullah Hukum dan Stesen LRT Kerinchi, YB Khairy mengambil peluang bertemubual dengan Duta-Duta berkenaan sambil bertanyakan pengalaman mereka dalam mendapatkan aspirasi daripada para penumpang bas dan tren yang mereka temui.
Sesampai di Stesen LRT KL Gateway – Universiti, tren berkenaan melanjutkan perjalanan ke ‘pocket track’ sebelum berhenti di sana bagi memulakan urusan majlis berkenaan. Kerana dilakukan di ‘pocket track’, operasi tren Rapid KL Laluan Kelana Jaya berjalan seperti biasa dengan kekerapan luar waktu puncak.
Pada majlis berkenaan, 10 Duta Muda TN50 telah menyerahkan kepada Menteri aspirasi-aspirasi yang dikumpulkan untuk menjadikan 10 Aspirasi Prasarana daripada para pengguna bas dan tren kendalian dua anak syarikat Kumpulan berkenaan – Rapid Rail untuk perkhidmatan rel dan Rapid Bus untuk perkhidmatan bas.
Pada majlis itu, YB Khairy dan Dato’ Sri Azmi turut melancarkan bas-bas khas Rapid KL yang dibaluti dengan elemen-elemen promosi TN50 sebagai sokongan Kumpulan Prasarana untuk kempen berkenaan.
Secara keseluruhan, sebanyak dua bas dua tingkat dan 42 bas setingkat Rapid KL serta dua tren empat gerabak LRT Laluan Kelana Jaya telah dibalut khas dengan promosi TN50.
Sepuluh Aspirasi Prasarana adalah seperti berikut: