Wang Kertas Baru Boleh Digunakan untuk LRT, Monorel

Release Date: 
30 July 2012

Kuala Lumpur, 30 Julai 2012 - Serentak dengan pengeluaran pada 16 Julai lepas oleh Bank Negara, wang kertas siri baru boleh digunakan serta merta di stesen-stesen LRT dan monorel untuk urusan pembelian token dan penambahan nilai untuk Kad MyRapid.

“Kini, mesin-mesin kami menerima wang kertas RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1 wang lama dan baru.

Sebenarnya, penerimaan ini sudahpun bermula sejak Isnin lepas apabila wang-wang kertas baru dikeluarkan secara rasmi.

“Begitu juga dengan syiling-syiling baru. Ia diterima oleh mesin-mesin pembelian tiket kami,” kata Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Prasarana telah dibekalkan oleh Bank Negara dengan wang-wang kertas baru sebulan sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap sistem dan persiapan bagi menghadapi urusan berkenaan.

Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL, mempunyai 286 mesin pembelian tiket yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan Monorel.

 
Pengguna LRT, Natasha Irwan membuat pembayaran di mesin tiket automatik menggunakan
wang kertas baru
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865 atau Haliza Abd Hamid di 019-2210058