Program Penempatan Pekerjaan - Juruteknik dan Mekanik
Program Penempatan Pekerjaan - Juruteknik dan Mekanik
Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan bagi menyedia, melaksana dan mempercepatkan projek infrastruktur pengangkutan awam. Prasarana dan syarikat kumpulannya adalah pemilik aset dan pengendali rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam terbesar di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Kami memerlukan individu yang cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk membina kerjaya di syarikat kami.

Diskripsi Tugas:
• Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan membaikpulih dalam pasukan yang ditetapkan.
• Kemahiran membaikpulih dan menyelesaikan masalah secara praktikal adalah satu keutamaan.
• Boleh bekerja secara syif dalam waktu bekerja harian yang panjang dan jadual kerja yang tidak menentu bagi memenuhi keperluan operasi.
• Berorientasikan pencapaian, proaktif dan bekerja dalam pasukan.
Syarat Kelayakan :
• Diploma atau Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Mekatronik / Automotif / Perkhidmatan Bangunan / Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan / Teknologi Kimpalan atau setaraf daripada Politeknik / Universiti / Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf.
• Minima dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam industri berteraskan teknikal dan penyelenggaraan bagi pemegang Sijil Kemahiran.
• Graduan yang baru menamatkan pengajian adalah digalakkan memohon.
Faedah-Faedah & Kemudahan Yang Disediakan :
• Pakej gaji yang kompetitif.
• Caruman KWSP dan PERKESO.
• Elaun Dobi & Pakaian Seragam
• Kemudahan Perubatan (termasuk ahli keluarga).
• Kemudahan menggunakan perkhidmatan pengangkutan di bawah Syarikat Kumpulan Prasarana secara percuma.
• Cuti Tahunan / Rehat / Umum.
• Pembangunan kerjaya dalam organisasi.
Lokasi temuduga terbuka:
Tarikh : 11 - 12 September 2012
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL)
Lobi Aras Bawah
No.1, Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Subang
47301 Petaling Jaya, Selangor




