Laluan bas RapidKL beroperasi semula di Hentian Akhir Bandar Pasar Seni

Release Date: 
Thu, 2012-12-20

 

Kuala Lumpur, 20 Disember 2012 – Berikutan siapnya kerja-kerja menaiktaraf di Hentian Akhir Bandar Pasar Seni oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 28 laluan bas RapidKL akan beroperasi semula di hentian tersebut mulai Sabtu ini, 22 Disember 2012.

Laluan-laluan bas RapidKL yang akan beroperasi di Hentian Akhir Bandar Pasar Seni adalah seperti berikut:

Laluan Masuk

Platform

No. Laluan Bas

Destinasi

A

(Jalan Hang  Kasturi)

A1 - A2

 

 

A3 – A5

 

 

  

 

A6 – A8

 

B115

Mahkamah Tinggi/Hentian Duta

U224

Taman Dato’ Senu

U423

TUDM Sg Besi

U68

Taman Sri Manja/Sentosa

U71

Stesen LRT Sri Petaling

U72

Taman Desa

U73

Taman Overseas Union

U76

Subang Parade

U81

Subang Suria/Mah Sing

U88

Kota Damansara

BET1

Kota Damansara

C

(Jalan Sultan Mohamed)

C1 - C3

U66

Taman Medan

U74

Pantai Hill Park

U75

PJ Old Town

U75A

Pantai Dalam

D

(Jalan Sultan Mohamed)

D1- D6

U60

Puchong Utama

U69

Putra Perdana 

U70

Puchong Prima

E

(Jalan Sultan Mohamed)

E1 - E3

U63

USJ1, Subang Mewah

U64

Taman Sri Muda, Shah Alam

U65

Putra Heights

U67

USJ1, Subang Mewah

U80

Seksyen 2, Shah Alam

BET3

Subang Mewah

BET4

Taman Sri Muda, Shah Alam

F

(KTM Kuala  Lumpur)

F1 - F3

U84

Kelana Jaya

U85

Stesen LRT Taman Paramount

U87

Bangsar Park

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Mohd Azam Omar, bas-bas RapidKL ke selatan, termasuk koridor Pudu kekal beroperasi di Hab Bas berhampiran Mydin Sinar Kota. 

“Hentian Akhir Bandar Pasar Seni telah ditutup sementara oleh pihak DBKL mulai 27 Jun 2012 untuk kerja-kerja menaiktaraf.  Berikutan penutupan tersebut, 37 laluan bas RapidKL dipindah ke beberapa lokasi untuk memudahkan kerja-kerja  naiktaraf dijalankan.  Mulai Sabtu ini, 28 daripada 37 laluan bas terlibat akan dipindahkan semula ke hentian tersebut,“ katanya.  
 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Talian Bantuan:  03-7885 2585 (Isnin-Jumaat  7.00 pagi hingga 8.30 malam,  Sabtu dan Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau layari laman sesawang:www.rapidkl.com.my atau ikuti twitter: @MYrapidKL.