Masa Perkhidmatan LRT, Monorel Dan Bas RapidKL Dilanjutkan Sempena Sambutan Tahun Baru 2011

Release Date: 
30 December 2010

Petaling Jaya, 29 Disember 2010: Masa perkhidmatan LRT, KL Monorel dan laluan bas RapidKL terpilih bagi beberapa stesen akan dilanjutkan pada hari Jumaat, 31 Disember 2010 sempena Sambutan Tahun Baru 2011.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Laluan LRT Kelana Jaya

Stesen Masa Lanjut Perkhidmatan
Stesen-Stesen Lain 12:45 tengah malam
Kelana Jaya, Bangsar, Pasar Seni, Kampung Baru, KLCC and Ampang Park 2.00 pagi
KL Sentral 2.15 pagi
Masjid Jamek, Dang Wangi 2:30 pagi

Laluan LRT Ampang

Stesen Masa Lanjut Perkhidmatan
Masjid Jamek 2.30 pagi
Bandaraya, Hang Tuah 2.15 pagi
Stesen-Stesen Lain 12:45 tengah malam

Laluan Monorel

Stesen Masa Lanjut Perkhidmatan
Semua stesen 2:00 pagi

Perkhidmatan bas RapidKL

Hab Bas Laluan Masa Lanjut Perkhidmatan
LRT Kelana Jaya U63, U89 dan T607 3.00 pagi
Jalan Sultan Mohamed U81
LRT Taman Bahagia T625
LRT Asia Jaya T628
LRT Taman Melati T226
LRT Gombak T231 dan T203
LRT Wangsa Maju T301, T302 dan T304
LRT Dato Keramat T307
LRT Setiawangsa T309
LRT Universiti T632
LRT Taman Jaya T505
LRT Kerinchi T633
LRT Bukit Jalil T418 2.00 pagi
LRT Bandar Tasik Selatan T424
Jalan Sultan Mohamed U40 dan U41
KLCC U28, U29 dan U30
Medan Pasar U1, U3 dan U8

Nota: Perkhidmatan bas laluan lain tamat operasi seperti biasa

Untuk memudahkan perjalanan pengguna pada malam Sambutan Tahun Baru 2011, kaunter khas menjual tiket disediakan di stesen-stesen LRT terpilih dan Stesen KL Sentral, Stesen Bukit Bintang KL Monorel. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membeli tiket perjalanan dua hala atau menggunakan Tiket Nilai Simpanan (Store Value Ticket) bagi perkhidmatan LRT dan KL Monorel atau RapidPass untuk melancarkan perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian Helpline: 03-78852585 yang beroperasi daripada jam 7.00 pagi hingga 8.30 malam (Isnin – Jumaat), jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu – Ahad).

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran akhbar ini, sila hubungi Divisyen Komunikasi Kumpulan di talian 03- 76507788 ext 1603/1614