RapidKL lanjut masa perkhidmatan sempena Sambutan Hari Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 September 2011: Sempena Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada hari Jumaat, 16 September 2011, RapidKL akan melanjutkan masa perkhidmatan LRT dan Monorel bagi Stesen KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Bukit Nanas hingga jam 1.00 pagi pada hari Khamis, 15 September 2011.
Bagi perkhidmatan bas pengantara RapidKL pula, masa perkhidmatan akan dilanjutkan mengikut masa tren yang terakhir tiba di stesen.
Masa perkhidmatan bagi stesen LRT, Monorel, bas RapidKL yang lain akan berakhir seperti biasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan masa perkhidmatan ini, pengguna boleh menghubungi Helpline: 03-7885 2585, 7.00 pagi hingga 8.30 malam (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu dan Ahad), ikuti kami di twitter: MyRapidKL atau layari laman web: www.myrapid.com.my.




