Go Carfree

About Go Carfree Campaign

World Car Free Day

Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan dibentangkan oleh pasukan EcoPlan di International Accessible Cities Conference di Toledo Spain. Pada hari ini, Hari Bebas Kereta Sedunia telah dijalankan di beberapa negara di Eropah, Amerika dan juga Asia dan berjaya mengurangkan penggantungan terhadap kereta persendirian serta memperbaiki kualiti hidup masyarakat setempat dan juga Dunia.

Apa maksud Hari Tanpa Kereta ?

“Hari Tanpa Kereta adalah di mana kita semua bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan berjalan, menaiki basikal atau menaiki pengangkutan awam atau kesemuanya sekali”

RapidKL (anak syarikat Prasarana) sebagai operator bagi lebih 60% pemilikan modal pengangkutan awam di Lembah Kelang, mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen “Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran” bersempena dengan Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) yang akan berlangsung pada 22 September, 2011 ini.

Prasarana juga menyokong langkah-langkah yang diusahakan oleh World CarFree Network Europe di mana Prasarana telah dan juga dalam usaha menyediakan kemudahan yang sesuai bagi:-

  • pengguna bas dan tren;
  • menyediakan kemudahan bagi pengguna-pengguna basikal
  • Parkir-parkir tambahan di stesen-stesen sambungan LRT.

Objektif Kempen

Kempen ini diharapkan dapat :-

  • Mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan oleh penggunaan kereta persendirian,
  • Memberi kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggantungan terhadap kenderaan persendirian;
  • Memilih untuk menggunakan pengangkutan awam bagi menyelamatkan bumi dan meningkatkan kualiti hidup;
  • Mencapai sasaran NKRA “Public Transport Modal Share” dari 17% (2010) ke 25% (2012)

Spot the Car Sticker Contest

OBJEKTIF PERADUAN

Bersempena dengan Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) pada 22 September, 2011, RapidKL menganjurkan kempen “Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran” bagi meningkatkan kesedaran terhadap bahaya pemanasan global akibat dari pelepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida yang dihasil dari asap kenderaan serta aktiviti-aktiviti lain yang menyebabkan pencemaran

Peraduan “Spot The Sticker” adalah antara aktiviti kempen bagi membolehkan rakyat Malaysia bersama-sama membantu meminimumkan pencemaran bunyi dan udara serta mengurangkan kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menjamin perjalanan yang lebih hijau dan mampan.

TEMPOH PERADUAN:

Selama 13 bulan bermula dari 22hb September, 2011 hingga 22hb September, 2012

HADIAH:

RM100.00 X 3 pemenang setiap bulan dan Goodie Bag dari RapidKL

Visual sticker

CARA PENYERTAAN

Langkah 1:
Dapatkan stiker peraduan dari Kaunter Tiker / Kaunter Khidmat Pelanggan LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Monorel. Satu stiker untuk satu kenderaan sahaja. Pelekat kereta adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada sementara stok masih ada. Satu kereta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh penganjur melalui telefon.
Langkah 2:
Lekatkan pelekat kereta peraduan RapidKL “SPOT THE STICKER” di cermin belakang kereta anda.
Langkah 3:
Kenderaan yang berdaftar di Malaysia yang di kesan memaparkan pelekat yang sah berpeluang untuk memenangi hadiah.
Langkah 4:
Setelah kereta anda berjaya di kesan oleh Pasukan Pengesan RapidKL, berikan butiran peribadi & nombor telefon untuk di hubungi.
Langkah 5:
Tunggu panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas dari kami.
Langkah 6:
Dapatkan hadiah wang tunai serta goodie bag dari RapidKL.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SOALAN-SOALAN LAZIM

  1. Berapa lamakah tempoh peraduan?
    Peraduan “Spot the Sticker” akan berlangsung selama 13 bulan bermula dari 22 September 2011 sehingga 22 September 2012.
  2. Bagaimanakah saya diberitahu jika menang dalam peraduan ini?
    Semua pemenang peraduan “Spot the Sticker” RapidKL akan di maklumkan oleh pihak penganjur melalui khidmat pesanan ringkas atau dihubungi melalui nombor telefon.
  3. Siapakah yang layak untuk menyertai peraduan ini?
    Peraduan terbuka kepada semua penduduk Malaysia (Lembah Klang SAHAJA).
  4. Apakah hadiah-hadiah yang akan dimenangi?
    3 pemenang akan dipilih setiap bulan dan akan menerima wang tunai berjumlah RM100.00 setiap seorang berserta beg cenderahati.
  5. Bagaimanakah pemenang dipilih?
    Pasukan Pengesan RapidKL akan berada di kawasan letak kereta/Parkir stesen-stesen LRT dan Monorel untuk mengesan kereta yang mempunyai pelekat peraduan yang sah.

TERMA DAN SYARAT

  1. Peraduan “Spot the Sticker” RapidKL dianjurkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RAPIDKL).
  2. Pihak penganjur akan memaklumkan kepada pemenang bertuah menerusi khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta tidak dapat dihubungi atas apa-apa sebab selepas sekurang-kurangnya tiga [3] kali percubaan oleh pihak penganjur atau ejen untuk menghubungi peserta.
  3. Semua hadiah tidak boleh ditukar untuk barangan atau kredit, secara sebahagian atau sepenuhnya.
  4. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada peserta dan peserta bersetuju untuk terikat dengan pertukaran tersebut.
  5. Dengan menyertai Promosi ini, peserta dianggap sudah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, dan bersetuju bahawa semua keputusan Penganjur adalah muktamad.
  6. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Peraduan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
    Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur, maka peserta tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur atau sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung timbul daripada atau berkaitan dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.
  7. Terma & Syarat disediakan didalam Bahasa Malaysia sahaja.

LRT Stations with parking Facilities

Bersempena dengan Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) pada 22 September, 2011, RapidKL akan memberikan kupon perjalanan sehala LRT dan Monorel PERCUMA (untuk perjalanan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am sahaja), di stesen-stesen LRT dan Monorel, bermula pada tarikh yang sama.

Sila layari laman web www.myrapid.com.my atau Twitter@MYrapidKL untuk maklumat lanjut.

 

Stesen-Stesen LRT yang Mempunyai Fasiliti Parkir Kereta

Untuk perjalanan lebih mudah, pengguna digalakkan menngunakan kemudahan parkir yang diesdiakan di stesen-stesen berikut :

LALUAN AMPANG

  • Stesen Cempaka (296)
  • Stesen Pandan Indah (277)
  • Stesen Pandan Jaya (263)
  • Stesen Pudu (150)
  • Stesen PWTC (73)
  • Stesen Sentul (158)
  • Stesen Sentul Timur (100)
  • Stesen Salak Selatan (60)
  • Stesen Sungai Besi (88)

LALUAN KELANA JAYA

  • Stesen Kelana Jaya (482)
  • Stesen Taman Paramount (68)
  • Stesen Kerinchi (60)
  • Stesen Taman Jaya (16)
  • Stesen Dang Wangi (70)
  • Stesen Jelatek (292)
  • Stesen Setiawangsa (125)
  • Stesen Gombak (471)

LALUAN MONOREL

  • Stesen KL Sentral (50)
  • Stesen Tun Sambanthan (74)

Foldable bicycles on the LRT

Kebenaran membawa basikal di Laluan Ampang dan Kelana Jaya

  • Jenis basikal yang dibenarkan ialah jenis basikal ‘foldable’
  • Waktu yang dibenarkan ialah:
    - 9.00am – 4.30pm
    - Selepas 7.00pm